• Ain Medicare Sdn Bhd (AMSB) merupakan syarikat farmaseutikal terkemuka yang terletak di Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa, Kota Bharu,. Syarikat ini dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke-7 Tun Dr Mahathir Mohamed pada 17 April 1997.
  • Taman Industri Halal Pasir Mas dibina bertujuan untuk menghasilkan produk industri hiliran halal yang bernilai tinggi seperti produk neutraseutikal , herba, rempah ratus, dan produk berasaskan daging. Taman ini dibangunkan di atas tanah seluas 43.71 hektar yang terdiri daripada Kompleks Perniagaan Usahawan (EBC) bagi kegunaan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) lot - lot industri.
  • Sejarah Syarikat ROHM. Rohm Wako Electronics (M) Sdn Bhd ditubuhkan di Kyoto pada tahun 1958 yang pada awalnya sebagai Pengeluar Komponen Elektronik Kecil. Namun, pada tahun 1967, syarikat ini telah mengembangkan hasil pengeluarannya kepada transistor dan diod. Pada tahun 1969 pula, syarikat ini telah mengeluarkan litar bersepadu/litar terkamil (IC) dan juga produk semikondukter lain.

   Kerajaan Negeri Kelantan

   adalah komited untuk melaksanakan

   Amalan Baik Peraturan (GRP)

   dalam prosedur Pengurusan Pelaburan di negeri ini.